Friday, 17 May 2013

BERSANTAI SEKETIKA...

Boleh katakan setiap masa saya perhatian bahagian pets di mudah.my dan adpost.com.. Harga kucing yang ditawarkan ada yang tinggi dan kadang-kadang tu ada yang hendak diberi percuma. Terpulang pada niat empunya kucing untuk buat keuntungan atau untuk carikan tuan baru yang akan menjaga kucing-kucingnya dengan baik sepertimana yang dia jaga.

Kekadang harga yang ditawarkan tidak munasabah dan di luar kemampuan pembaca yang rata-rata dalam golongan sederhana. Cuba tanya pada peminat kucing sanggup ke hendak beli kucing kalau harganya sampai RM2@3 ribu sekor. Huhuhu pendekata tengok jer lah yang mampukan. Kalau tanya pada peminat kucing rata-rata memang hendakkan baka yang elok tetapi bila lihat pada harga yang ditawarkan mana ada kemampuan bagi yang sentiasa kesesakan duit tapi minat untuk pelihara kucing. Bagi yang cerdik akal, dikutipnya kucing-kucing terbiar dan dipelihara sebaiknya tapi yang pendek akal sanggup mencuri apa lagi bila tahu kucing-kucing tersebut punya nilai komesial. 

Pernah berlaku kepada diri saya sendiri dan teman terdekat. Balik rumah selepas kerja hilang sekor yang tercantik daripada kitten yang ada. Dalam hati berkata pandai betul si pencuri ini, Ambil yang comel jer. Masa itu mmng tak sangka akan berlaku dan atas kelalaian sendiri juga. Lupa kunci pagar rumah semasa keluar kerja & letak kat luar rumah. Menyumpah seranah tapi lepas itu istifar banyak-banyak. Mungkin bukan rezeki dan doa agar si pencuri itu akan jaga sebaik-baiknya kitten tersebut. Bagi teman terdekat lagi lah sayu. 1 kandang anak & ibu kena kebas. 

Pernah dulu saya diberikan nasihat oleh seorang breeder kucing, tuan kucing akan lebih hargai haiwan peliharaannya sekiranya haiwan tersebut dibeli dengan wang dari titik peluhnya sendiri. Makin tinggi harga haiwan tersebut makin lah dijaga dengan sebaiknya. Kalau kira logik memang betulpun kata-katanya itu. Sebab itu lah juga bila ada yang berminat tapi mahukan dengan harga yang rendah & ada yang lebih melampau mahu free, saya bagitau dia siap-siap. Nilai yang saya kenakan bukanlah melampau-lampau. Saya suruh dia tinjau dekat petshop yang lain & bandingkan dengan nilai yang saya kenakan. Sama kualiti tapi sama tidak dengan nilaian yang saya kenakan. Kadang-kadang nak bagi harga rendahpun rasa tak berbaloi. Dulu masa mula-mula berjinak dengan bidang ni boleh lah dipertimbangkan dengan kos makanan, rawatan & kos2 lain yang lebih murah tetapi sekarang kos semua dah naik. 

Setiap hari bila lalu di perumahan ada saja kucing-kucing yang berkeliaran, macam-macam jenis warna dan jenis. Yang berbulu pendek tak lah terasa bila tengok terbiar tetapi bila tengok kucing yang berbulu panjang tak terurus, bulu kusut masai & berkurap, itu belum kira yang dilanggar kenderaan di jalan-jalan raya. Boleh katakan tiap-tiap hari ada saja yang dilanggar. Sedih tengok leper berderai isi perut, bagi yang prihatin  diketepikan bangkai itu. Memang salute orang macam itu. Kadang-kadang pelik sebab tempat pelanggaran tersebut jauh dari kawasan perumahan atau penempatan orang. Difikiran terlintas adakah kucing-kucing itu niat membunuh diri ker??? Hmmmmm Itu lah mungkin dah ajal dia.